Pages

DOAKU UNTUKMU..

Ahmad dan Ali adalah dua orng shbt karib dan mrk tinggal berjiran. Kedua-dua mrk hidup dlm kesempitan dan kemiskinan. Setelah seharian berusaha, masing2 akan berdoa. Begitulah kelaziman mrk berdua. Mrk akn singgah di masjid setiap kali habis bekerja utk solat dan berdoa.

"Apa doamu pada hari ini ?" tanyaAhmad kpd shbtnya. "Aku pinta semoga esok hari aku dimurahkan rezeki. Bulan ini perbelanjaanku lebih drpd biasa, " jawab Ali. "Doa kau ? " Ali pula bertanya. Ahmad cuma sentum tanpa berkata apa-apa.

Keesokan hari , Ali memberitahu Ahmad berita gembira. "Alhamdulillah doa aku semalam dimakbulkan Allah. Majikanku beri bonus pada hari ini". "Alhamdulillah. Hari ini kau akan berdoa apa pula ? " tanya Ahmad. "Aku berdoa moga isteriku selamat bersalin, " jawab Ali.

Mereka berdua pun masuk ke dalam masjid, mengerjakan solat dan masing2 berdoa... Sejurus usai berdoa, Ali bertanya, "kau pula berdoa untuk apa hari ini ?" Ahmad senyum. Masih tiada jawapan.

Beberapa hari kemudian Ali memberitahu berita gambira. "Syukur isteriku selamat bersalin malam tadi. Nampaknya doaku makbul, Mad." "Tahniah, Ali". "Aku berdoa juga supaya anakku selamat," kata Ahmad dengan wajah muram. "Kenapa dgn ank kau ? " "Anakku yang bongsu sakit, Ali. Keadaan nya amat membimbangkan." . "Insya-Allah, kau doalah kuat- kuat sikit. Minta anakmu selamat," kata Ali.

Beberapa hari kemudian, mereka berbual sesuai solat seperti kebiasaanya. "Bagaimana dgn anak kau ?" tanya Ali. "Macam itu juga . Sudah beberapa hari tapi keadaannya cuma bertambah baik sahaja.""Doa banyak lagi Ahmad. Aku tidak sangka doaku sangat makbul. Hampir setiap yg aku doakan mustajab. Tapi kau...." kata Ali.

"Kenapa dgn aku ?" "Mad , aku lihat doamu tidak mustajab." Ahmad tersenyum. Melihat Ahmad tersenyum, Ali semakin hairan lalu bertanya lagi, "Aku hairan doa kau tidak makbul tapi kau masih boleh senyum?"

"Sebenarnya doaku byk tlh dimakbulkan Allah. Syukur Alhamdulillah." "Doa yg mana ? Sbb aku lihattidak ada apa-apa perubahan pd kau." "Doaku sejak dulu hanya untuk kau, sahabatku. Setiap hari aku berdoa agar Allah makbulkan setiap apa-apa yg kau doakan kepada-Nya !! "



PENGAJARAN: doa kita utk sahabat, saudara -mara dan org lain sgt tinggi nilainya di sisi Allah. apatah lagi jika kita berdoa tanpa pengetahuan orng yg kita doakan. itulah keikhlasan. sayangnya, ia jarang dibuat oleh kita. manusia selalumementingkan diri, sekalipun dalam doanya kepada Allah !!!!!!


TAMAT ^_^

No comments:

Post a Comment